Monday, 12 November 2012

Jenis-Jenis 'Shot"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini kita akan belajar mengenai jenis-jenis shot untuk merakam video.

  • Terdapat pelbagai jenis shot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenis-jenis shot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya. 

  • Untuk mendapatkan shot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video. 

  • Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut: 
  1. Big Close; memaparkan objek secara mikro 
  2. Close Up; memaparkan objek secara dekat. 
  3. Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang. 
  4. Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang. 
  5. Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek. 
  6. Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya. 
  7. Over the shoulder shot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.


 

0 comments:

Post a Comment

Anak Murid